~harapanku~

::Sesungguhnya Hidupku dan Matiku hanya untuk Mu::

Langkah mencintai Allah

Cinta sentiasa menjadi buruan manusia. Manusia sering memburu cinta yang berbeza. Ada yang memburu cinta wanita, suami, harta dan sebagainya. Namun cinta yang hakiki yang tidak pernah mengecewakan ialah cinta Allah. Cinta Allah-lah yang layak dikejar. Amalkan petua-petua berikut bagi merasai manisnya mencintai Allah.

  • Amalkan segala suruhan Allah dengan sungguh-sungguh dan tanpa banyak soal dan alasan.
  • Jauhi larangan Allah dan jangan sekali-kali dekatinya apatah lagi melakukannya. Simpanlah rasa "tidak sedap hati" saat kali pertama melakukan sesuatu yang dimurkai Allah sebagai bekalan menjauhi diri daripada maksiat.
  • Letakan Allah sebagai prioriti dalam hidup dan dahulukan Allah dalam segala sesuatu, tidak kira ketika melakukan ibadah atau saat memerlukan pertolongan.
  • Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita kepada Allah setiap masa.
  • Reda atas segala ketentuan qada' dan qadar terutamanya jika ditimpa musibah.
  • Kerahkan semua anggota badan mentaati Allah, termasuk hati dan juga lidah.
  • Cintailah apa sahaja yang disukai Allah dan bencilah apa jua yang dibenci-Nya.