~harapanku~

::Sesungguhnya Hidupku dan Matiku hanya untuk Mu::

Mari beramal

Buktikan Cinta Kita

Mari kita membuktikan cinta kita kepada Allah dengan banyak membaca al-Quran dengan hati yang ikhlas demi mengambil manfaat daripada ajarannya. Kita gunakan peluang yang ada untuk membaca al-Quran dan istiqamah sehingga ke akhir hayat. Allah pasti menilai usaha kita malah mengampuni dosa kita yang lampau jika kita terus mencintai-Nya.

Menyedari kelemahan dan kekuranganyang lampau, marilah kita kembali menghayati ajaran Islam dengan mencintai Allah, mencintai rasul dan al-Quran. Setelah itu cintailah sesama umat Islam terutama pemimpin. Hal ini kerana Allah mencintai umat Islam yang bergerak dalam satu barisan kepimpinan yang hampir kepada Allah.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berjuang untuk membela agama-Nya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh".
(surah al-Saff; 61:4)

Persoalan sekarang, berapa umat Islam yang membaca ayat al-Quran dan dapat memahami mesej daripada Allah. Barangkali ramai yang membaca tidak seperti membaca surat cinta. Baca sambil lewa, asalkan boleh khatam segera. Mungkin dalam bulan Ramadhan sekurang-kurangnya sekali khatam, tetapi mesej daripada ayat-ayat cinta itu tidak pernah dikhatamkan. Jadi, bagaimana umat Islam boleh hidup seperti yang digambarkan oleh Allah? Apatah lagi yang langsung tidak membaca al-Quran.

Sememangnya kita membaca al-Quran setiap hari ketika solat iaitu al-Fatihah dan beberapa ayat yang sudah dihafal. Sebenarnya bacaan al-Quran dalam solat tidak termasuk dalam bacaan al-Quran dalam konteks di atas.

Oleh sebab itu, setiap kali selepas solat perlu diisi dengan bacaan al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat. Selepas itu bacalah terjemahan dan tafsirnya untuk mengambil pengajaran daripada mesejnya. Jika diberi peluang, hadiri kelas atau kuliah tafsir di masjid atau surau setempat.

Sebenarnya umat Islam mempunyai masa untuk membaca al-Quran, selepas solat fardu atau sunattentu ada lima atau sepuluh minit yang terluang. Tetapi kenapa tidak digunakan masa itu untuk membaca al-Quran?

Selain itu, sama ada ketika bekerja di pejabat atau kerja sendiri, pasti ada masa rehat. Mengapa peluang itu tidak digunakan untuk membaca al-Quran?? Kalau waktu rehat itu kita gunakan untuk berbual kosong, tentu banyak faedahnya kalau kita gunakan waktu itu untuk membaca al-Quran....

wallahualam.....

Tips menutup aurat

Menutup aurat adalah perintah Allah s.w.t. Anjuran ini hakikatnya turut melibatkan lelaki, namun perintahnya amat kritikal ditekankan kepada wanita memnadangkan lebih ramai wanita yang tidak menutup aurat berbanding lelaki. Tambahan pula fitnah wanita itu lebih besar.

Di bawah disertakan beberapa kaedah praktikal menjadi Muslimah yang prihatin dengan penampilan dirinya di hadapan ajnabi :

  1. TAHU. Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum-hukum berkenaan aurat dan sebagainya.
  2. SEDAR bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.
  3. SYIAR. Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.
  4. FUNGSI CERMIN. Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, "Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?" Jawapannya perlu dijawab berdasarkan ciri-ciri pakaian yang mematuhi syariah.
  5. ASINGKAN pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak sesuai dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya, masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian di dalam bilik atau di hadapan suami.
  6. MALU. Wanita yang tidak biasa mendedahkan auratnya di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.
  7. Bersahabat dengan WANITA YANG SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan kepada penampilan yang patuh kepada syariah.
  8. EKSKLUSIF. Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu, usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umum secara percuma, jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.
  9. BANYAK MANFAAT. Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan lebih yakin dan selamat. Mereka tidak perlu risaukan mata liar yang memandang, tidak perlu ambil kisah gaya rambut, tidak perlu berhabis duit untuk aksesori itu dan ini.

Makin dekat kiamat, makin jauh daripada Allah?

Ciri-ciri orang bertaqwa dan betul-betul mencintai Allah makin pupus. Ini gara-gara gaya hidup yang sudah berubah. Berubah agar dapat menyesuaikan diri dengan zaman dan seisinya.

Kebanyakkan kita kini lebih mementingkan kehendak dan keperluan fizikal semata-mata. Belajar, bekerja, berbuat baik malah memberikan senyuman pun kerana kepentingan peribadi. Manusia semakin alpa bahawa kita masih ada satu sisi lagi yang perlu disuap. Bukan perut dan minda sahaja yang perlu makanan. Malah spiritual yang lebih utama perlu disuap. Solat pula hanya pergerakan fizikal, hatinya pula mengembara entah ke mana. Apabila berpuasa, hanya perut yang berpuasa. Natijahnya, ibadah itu hanya sekadar ritual.

Waktu untuk melihat manusia sibuk pada waktu malam merayu sebuah keampunan daripada Allah seolah-olah sudah luput. Manusia menghabiskan malam-malamnya untuk berhibur, tidur dan mimpi indah. Bukan lagi tidur awal, bangun Qiamullail dan berjemaah subuh semata-mata memenangi cinta Allah. Yang tinggal hanyalah keriuhan kedai makan pada waktu malam, mula tidur pada saat orang mukmin sepatutnya bangun bertahajud dan membiarkan waktu subuh berlalu begitu sahaja. Berapa ramai orang yang sudah lama tidak melihat matahari terbit atau menikmati saat itu. KITAKAH ITU??

Sungguh, hati kita kering daripada cinta. Cinta kepada-Nya. Apakah apabila makin dekat dengan kiamat, makin jauh manusia daripada Allah? Nauzubillah!! Moga Allah kurniakan kita cintakepada-Nya...

Langkah mencintai Allah

Cinta sentiasa menjadi buruan manusia. Manusia sering memburu cinta yang berbeza. Ada yang memburu cinta wanita, suami, harta dan sebagainya. Namun cinta yang hakiki yang tidak pernah mengecewakan ialah cinta Allah. Cinta Allah-lah yang layak dikejar. Amalkan petua-petua berikut bagi merasai manisnya mencintai Allah.

  • Amalkan segala suruhan Allah dengan sungguh-sungguh dan tanpa banyak soal dan alasan.
  • Jauhi larangan Allah dan jangan sekali-kali dekatinya apatah lagi melakukannya. Simpanlah rasa "tidak sedap hati" saat kali pertama melakukan sesuatu yang dimurkai Allah sebagai bekalan menjauhi diri daripada maksiat.
  • Letakan Allah sebagai prioriti dalam hidup dan dahulukan Allah dalam segala sesuatu, tidak kira ketika melakukan ibadah atau saat memerlukan pertolongan.
  • Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita kepada Allah setiap masa.
  • Reda atas segala ketentuan qada' dan qadar terutamanya jika ditimpa musibah.
  • Kerahkan semua anggota badan mentaati Allah, termasuk hati dan juga lidah.
  • Cintailah apa sahaja yang disukai Allah dan bencilah apa jua yang dibenci-Nya.

hukum bergaul dengan orang-orang kafir

Tidak dapat diragukan lagi, orang muslim harus membenci musuh-musuh Allah dan melepaskan diri dari mereka. Sebab inilah jalan para rasul dan para pengikut mereka. Firman Allah : Sesungguhnya telah ada suri teladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; tatkala mereka berkata keada kaumnya,"Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari(kekafiran)mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebncian buat selama-lamnya sampai kamu beriman kepada Allah saja." (QS. Al-Mumtahanah:4) "Kamu tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluargsa mereka. Mereka itulah yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya." Berdasarkan hal ini, orang Muslim tidak boleh menyimpan rasa cinta dan sayang di dalam hati kepada musuh-musuh Allah, yang berarti juga merupakan musuhnya. Allah berfirman: "Hai orang-orang yang beriman janganlah kau mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad) karena rasa kasih sayang, padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu." (QS. Al-Mumtahanah:1) Tentang sikap orang Muslim yang memperlakukan mereka dengan lemah lembut karena berharap dapat menarik mereka kedalam Islam dan beriman, mak hal ini tidak apa-apa. Sebab ini termasuk masalah menundukkan orang kepada Islam. Tetapi apabila putuss asa untuk membujuk mereka, maka mereka harus diperlakukan sebagaimana mestinya memperlakukan mereka. Masalah ini sudah diuraikan dalam buku-buku para ulama, khususnya buku Ahkamu Ahlidz-Zimmah, karangan Ibnul Qoyyim. (Syaikh Utsaimin)

hukum aurat wanita Islam

Berkaitan dengan hukum aurat perempuan secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Qur'an sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukmin mengikut keadaan dan situasi yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai menutup kepala mereka dan jika perlu termasuk juga mukanya tanpa banyak soal dan tanpa alasan-alasan yang bodoh. Kiranya ada di antara mereka yang ingkar dengan perintah yang sudah termaktub dalam Kitabullah, Ingatlah siksaan Allah adalah amat keras buat mereka!!!!!!. Sebagai melaksanakan kewajiban untuk menyebarkan yang HAQ ini, maka suluk bentangkan di sini dalil dan nas yang berkaitan dengan KEWAJIPAN MENUTIP AURAT bagi setiap wanita Islam yang mengaku beriman dengan Kitab Allah dan Rasulnya. Antaranya ialah sebagaimana berikut;

Nas Pertama

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur:31}

Nas Kedua

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]

Nas Ketiga {Dari Kitab-kitab karangan Ulama Muktabar]

1. Aurat antara muslimat dan bukan muslimat.
Khilaf ulama' dalam mentafsirkan kalimah `auNisaa' ihinna' dalam ayat 31 surah anNuur (24).
Menurut Tafsir Fakhrur_Razi, Jld 23, ms 207 menyatakan jumhur ulama' mentafsir kalimah itu sebagai wanita-wanita Islam sahaja. Dari tafsir Qurthubi (Jld 12, ms 233) juga mentafsirkan kalimah "aunisaa'ihinna" itu sebagai wanita muslimah sahaja.

Ini bermakna aurat wanita dihadapan wanita bukan Islam ialah muka dan dua tapak tangan. Imam Qurthubi membawa hujah perintah Umar alKhattab RA kepada Gabnurnya, Abu Ubaidah alJarrah supaya tidak membenarkan wanita Islam mandi
bersama wanita ahli Zimmah di permandian awam.

Pandangan yang agak berlainan dari pandangan jumhur ialah pendapat Ibn Arabi (Ahkamul Qur'an, Jld 3, ms 326)
beliau berpendapat maksud `aunisaa'ihinna' (wanita mereka) itu bermaksud semua wanita yang baik akhlaqnya dan baik hubungannya dengan wanita muslimah. Ini bermakna wanita Islam boleh membuka auratnya kepada wanita yang baik akhlaknya dan menjalin hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk wanita bukan Islam. Jika wanita itu buruk akhlaknya termasuk wanita Islam sendiri, maka wanita Islam tidak boleh membuka auratnya. Syaikh Ali Asyhabuni (mufassir baru dari Saudi (Tafsir Asyabuni) menyokong pendapat Ibn Arabi.

MASALAH PERTAMA:
Hukum lelaki yang baligh melihat perempuan ajnabi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa masalah di sekitar hukum ini:

a) Haram melihat kepada aurat perempuan yang ajnabi. Aurat perempuan di hadapan lelaki ajnabi sebagaimana yang telah disepakati oleh jumhur fuqahak ialah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan dua tapak tangan.

b) Fuqahak telah berselisih pendapat mengenai muka dan dua tapak tangan perempuan ajnabi, adakah ia aurat atau tidak.

Menurut sebahagian ulamak, kedua anggota ini adalah aurat yang wajib ditutup samada ia menimbulkan fitnah ataupun tidak, atau samada akan menaikkan syahwat kepada lelaki yang melihat ataupun tidak.

Sebahagiannya pula berpendapat bahawa kedua anggota ini bukanlah aurat yang wajib ditutup. Tidak diharamkan bagi seorang lelaki melihatnya.

Walaubagaimanapun mereka ini bersepakat mengatakan bahawa keduanya haram dilihat apabila akan menimbulkan fitnah. Ini bermakna mereka bersetuju mengatakan haram hukumnya bagi lelaki ajnabi melihat kedua anggota ini apabila menimbulkan fitnah atau melihat keduanya dengan syahwat.

c) Pengharaman melihat aurat bukan sahaja pada anggota yang masih berhubung atau melekat dengan tubuh badan, bahkan diharamkan juga melihatnya setelah ia bercerai dari tubuh badan seperti kuku, rambut, bulu kemaluan dan lain-lain.

Wajib menyimpan anggota atau bulu yang telah bercerai dari tubuh badan dari dilihat oleh lelaki atau perempuan ajnabi.

MASALAH KEDUA: Kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan melihat perempuan.

Perempuan tersebut wajib menutup anggota di antara pusat dan lutut sebagaimana auratnya di hadapan mahram.

MASALAH KETIGA: Lelaki yang hampir baligh.

Lelaki yang hampir baligh diharamkan melihat aurat perempuan yang ajnabi sebagaimana lelaki yang telah baligh (lihat masalah pertama).

MASALAH KEEMPAT: Lelaki yang terpotong zakarnya dan buah pelirnya

Lelaki ini diharuskan melihat perempuan yang ajnabi sebagaimana dia melihat mahramnya, iaitu selain anggota di antara pusat dan lututnya.

MASALAH KELIMA: Lelaki yang hanya mempunyai zakar sahaja tanpa buah pelir atau yang mempunyai buah pelir sahaja tanpa zakar

Lelaki ini seperti hukum lelaki yang normal, iaitu yang mempunyai zakar dan buah pelir (lihat masalah pertama).

MASALAH KEENAM: Hamba lelaki melihat tuannya (perempuan)

Jika hamba tersebut bersifat adil (tidak fasik) dan tuannya juga bersifat adil, maka harus melihatnya sebagaimana melihat mahram, iaitu selain dari anggota di antara pusat dan lutut.

MASALAH KETUJUH: Melihat hamba perempuan

Melihat hamba perempuan sebagaimana hukum melihat perempuan yang merdeka (lihat masalah pertama).

MASALAH KELAPAN: Melihat kanak-kanak perempuan

Harus melihat seluruh anggota kanak-kanak perempuan yang belum sampai peringkat diingini oleh lelaki kecuali pada farajnya.
Diharuskan kepada ibubapa, penjaga atau perempuan yang menyusukan kanak-kanak perempuan yang masih dalam peringkat menyusu dan asuhan melihat dan menyentuh farajnya. Kerana dalam usia begini, ibu ataupun pengasuh terpaksa membasuh farajnya dari najis, mengubatinya atau sebagainya.

Melihat dan menyentuh zakar kanak-kanak lelaki adalah sebagaimana faraj kanak-kanak perempuan.

MASALAH KESEMBILAN: Melihat perempuan yang telah tua

Imam al-Ghazali berkata bahawa hukum melihat perempuan ajnabi yang telah tua adalah sebagaimana hukum melihat perempuan yang masih muda.

MASALAH KESEPULUH: Melihat perempuan yang mahram (yang haram dinikahi seperti ibu, saudara perempuan dan sebagainya)

Seorang lelaki diharamkan melihat anggota di antara pusat dan lutut mahramnya. Dia diharuskan melihat selain dari anggota tersebut.

Dia juga diharuskan berkhalwat dan bermusafir bersama mahramnya.

MASALAH KESEBELAS: Lelaki melihat lelaki

Seorang lelaki diharuskan melihat selain dari anggota di antara pusat dan lutut lelaki lain.

MASALAH KEDUABELAS: Melihat lelaki muda belia yang belum ditumbuhi janggut atau bulu (amrad)

Haram melihatnya dengan syahwat.

MASALAH KETIGABELAS: Perempuan melihat perempuan

Sebagaimana hukum lelaki melihat lelaki (lihat masalah kesebelas).

MASALAH KEEMPATBELAS: Perempuan kafir melihat perempuan muslimah

Diwajibkan kepada perempuan muslimah menutup auratnya di hadapan perempuan kafir kerana tidak, berkemungkinan dia akan menceritakan auratnya kepada lelaki kafir.

MASALAH KELIMABELAS: Perempuan melihat lelaki yang ajnabi

Sebagaimana hukum lelaki melihat perempuan yang ajnabi (lihat Masalah pertama).

MASALAH KEENAMBELAS: Perempuan yang fasik melihat perempuan yang terpelihara kehormatannya

Perempuan yang terpelihara kehormatannya wajib menutup auratnya di hadapa perempuan yang fasik kerana melakukan zina atau lebian (hubungan seks antara perempuan dengan perempuan)

MASALAH KETUJUHBELAS: Suami melihat isteri

Di bawah ini adalah masalah yang berhubung kait dengan hukum ini:

a) Harus bagi suami melihat seluruh tubuh badan isterinya atau hamba perempuan yang halal untuknya, tetapi makruh melihat farajnya lebih-lebih lagi batin farajnya.

b) Diharuskan juga menyentuh farajnya. Manakala melihat dan menyentuh duburnya tanpa memasukkan zakar ke dalamnya adalah harus.

c) Pengharusan ini hanya berlaku ketika isterinya masih hidup lagi. Setelah kematiannya, hukumnya adalah sebagaimana melihat mahramnya (lihat masalah kesepuluh).

MASALAH KELAPANBELAS: Isteri melihat suami

Sebagaimana hukum suami melihat isteri (lihat masalah ketujuhbelas).

MASALAH KESEMBILANBELAS: Menyentuh sesuatu yang haram dilihat

Masalah di sekitar hukum ini ialah:
a) Haram menyentuh sesuatu yang haram dilihat sebagaimana yang tercatat di dalam masalah-masalah yang lalu, kerana menyentuh adalah lebih mendatangkan kenikmatan dan kelazatan lagi jika dibandingkan dengan melihat.

b) Haram bagi dua orang lelaki atau dua orang perempuan berbaring di dalam satu kain atau selimut dalam keadaan berbogel dan di atas satu tilam.

Ibubapa atau penjaga wajib memisahkan di antara kanak-kanak lelaki atau perempuan dari tempat tidur ibubapanya. Begitu juga antara adik beradik lelaki dan perempuan.

c) Haram memicit atau mengurut peha lelaki lain tanpa lapik. Jika berlapik, maka diharuskan tetapi dengan syarat tidak dikhuatirkan fitnah dan tidak dengan syahwat.

d) Haram menyentuh mahramnya, begitu juga sesama lelaki atau sesama perempuan sekalipun pada anggota yang harus dilihat seperti pada kaki atau perutnya, termasuk mengusapnya kecuali kerana hajat atau dilakukan kerana timbul dari perasaaan kasih sayang serta bebas dari fitnah dan syahwat.

e) Haram menyentuh muka perempuan yang ajnabi sekalipun diharuskan melihatnya kerana hendak meminang.

f) Hukum berjabat tangan.

i- Seorang lelaki diharamkan berjabat tangan dengan perempuan yang ajnabi. Dalil yang mendasari hukum ini ialah:

Dalil pertama:
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidah Aisyah r.a. mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah r.a. berkata:
" Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan itu. Baginda hanya membai'at mereka dengan perkataannya: "Benar-benar telah aku bai'at kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari berkata:
"Maksud ucapan Rasulullah s.a.w.:
"Benar-benar telah bai'at kamu dengan ucapan."
adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu bai'ah dijalankan.

Dalil kedua:
Dari Abdullah bin Amr bin al-As r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan tangan dengan perempuan dalam pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad)

Sunat berjabat tangan antara sesama lelaki atau sesama perempuan ketika bertemu.

Makruh berjabat tangan dengan orang yang mempunyai penyakit kusta.

Haram hukumnya berjabat tangan dengan amrad (lelaki muda yang belum tumbuh misai atau bulu) dengan disertai oleh syahwat.

g) Makruh memeluk dan mengucup kepala sesama lelaki atau sesama perempuan kecuali terhadap orang yang baru sampai dari musafir atau orang yang lama tidak ditemui. Bahkan perkara ini sunat dilakukan.

h) Sunat mengucup tangan orang soleh, warak, berilmu agama atau sebagainya yang dihormati dan dimuliakan dari segi agamanya. Manakala makruh hukumnya melakukan perkara tersebut terhadap orang yang dihormati dari sudut keduniaannya, seperti orang yang berpangkat, orang kaya atau sebagainya.

i) Diharuskan mengucup mayat orang soleh.

j) Sunat mengucup kanak-kanak sekalipun anak orang lain kerana kasih sayang.

k) Sunat berdiri untuk orang yang mempunyai kelebihan di dalam bidang ilmu agama kerana menghormatinya, bukan kerana riyak, membesarkan atau mengagungkannya.

l) Makruh membongkokkan badan terhadap sesiapa sahaja.

KEADAAN KEDUA: MELIHAT DENGAN HAJAT

Berikut ini adalah masalah yang berhubung kait dengan keadan kedua ini, iaitu:

1) Harus melihat muka dan tapak tangan perempuan ajnabi kerana hendak mengahwininya

2) Kerana hendak membeli hamba perempuan.

Diharuskan melihat selain dari anggota di antara pusat dan lutut.

3) Kerana bermuamalat atau berurusan dengan perempuan seperti berjual beli. Yang dibenarkan hanyalah melihat mukanya sahaja untuk mengenalinya.

4) Menjadi saksi, seperti melihat faraj atau zakar kerana menjadi saksi zina atau melihat buah dada kerana menjadi saksi penyusuan.

5) Harus melihat dan menyentuh perempuan ajnabi dengan tujuan berbekam atau mengubatinya, tetapi dengan dua syarat:
a) Pengubatan itu dilakukan di hadapan mahram, suami atau dua orang perempuan yang boleh dipercayai.
b) Tidak terdapat seorangpun perempuan yang boleh mengubatinya.

6) Harus melihat muka perempuan ajnabi dan amrad ketika mengajar dengan syarat:
a) Ketiadaan tenaga pengajar wanita.
b) Berkeuzuran untuk mengajar di balik tabir, sebagai contoh: Ketika mengajar menulis atau menjahit guru terpaksa mengajarnya tanpa tabir.
c) Ada mahram, suami atau dua perempuan yang boleh dipercayai bersama perempuan tersebut.

7) Haram mengajar isteri yang telah ditalak.

Demikian himpunan hukum-kukum yang berkaitan dengan aurat perempuan yang dikutip dari Al-Quran, Hadis dan Ulama-ulama yang Muktabar.

Kesimpulannya; tidak syak lagi bahawa WAJIB bagi seorang perempuan menutup kepala dan seluruh tubuh kepada lelaki-lelaki asing.

Sebagai pengakhirnya renungilah firman Allah Taala seperti di bawah, semoga sama-sama kita mendapat peringatanNya;

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." {Surah Al-Ahzab:36}
.
Allahu A'lam

Hayati & Fahamilah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia). Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW, selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.

  • Isteri tidak mendengar kata suami.
  • Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
  • Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya
membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN HAMBA INI:

  • Berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
  • Bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
  • Bersembahyanglah
  • Berzakat - jangan ditinggalkan.
  • Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
  • Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

UNTUK MAKLUMAN

1. Seorang saudagar dari bombay telah
menerima surat ini dan beliau telah mencatak
sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada
orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah
dengan mendapat keuntungan yang besar
dalam perniagaannya.

2.Seorang hamba Allah telah menerima surat
ini tetapi tidak mengendahkannya dan
menganggap wasiat ini palsu, maka selang
beberapa hari kemudian anaknya meninggal
dunia.

3.Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas
Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini
kemudian mengarahkan setiausahanya
mencetak sebanyak 20 salinan dan
menghantarnya kepada orang lain, maka
selang beberapa hari kemudian dia telah
mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di
malaysia timur.

4.Tan Sri Ghazali Jawi, bekas Menteri Besar
perak secara tidak langsung dipecat dari
jawatannya kerana apabila beliau menerima
wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan
untuk disebarkan kepada orang lain tetapi
beliau telah menyedari kesilapannya lalu
beliau mencetak semula wasiat ini dan
mengirimkannya kepada orang lain, beberapa
hari kemudian beliau telah dilantik menteri
Kabinet Perdana Menteri.
5.
Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat
wasiat ini dan tidak percaya akan
kebenarannya juga menganggap palsu lalu
membuangnya ke dalam tong sampah.
seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan
hukuman pancung sampai mati.
6.
di Terengganu, seorang pekerja bengkel
kenderaan telah menerima wasiat ini dari
pengirim yang tidak dikenali yang datangnya
dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20
salinan seperti yang dituntut.
Alhamdulillah dia
dianugerahkan oleh Allah seorang gadis
berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh
Islam.
baginya anugerah ini paling agung dan
tidak ada tandingannya.
7.
Di Terengganu juga, seorang hamba Allah
telah menerima surat ini dari orang yang tidak
dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya
dengan mengatakan ianya bohong belaka dan
sengaja mengada-adakan untuk menakutkan
orang yang membacanya.
Beberapa hari
kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil
dan penderitaanya amat menyedihkan.
setelah
tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital,
penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor.
Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan
mengedarkannya kepada orang lain.
Semingu
kemudian barulah beliau beransur sembuh
sehingga sekarang.
Banyak lagi contoh-contoh orang yang
menerima wasiat ini tetapi tidak
mempercayainya dan tidak mengedarkannya
atau menyampaikan kepada orang lain.
dimana
mereka mendapat malapetaka.
setelah
kejadian yang menggembirakan dan
menyakinkan ini anda jangan lupa
menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa
96 jam dari masa anda menerimanya.
InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu
dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH.
PERHATIAN
setelah

tatacara wudhu'

• Apabila seorang muslim mau berwudhu, maka hendaknya ia berniat di dalam hatinya, kemudian membaca “Bismillahirrahmanirrahim,” sebab Rasulullah SAW bersabda, “Tidak sah wudhu orang yang tidak menyebut nama Allah” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dan dinilai hasan oleh Al-Albani di dalam kitab Al-Irwa’). Dan apabila ia lupa, maka tidaklah mengapa. Jika hanya mengucapkan “Bismillah” saja, maka dianggap cukup.

• Kemudian disunnahkan mencuci kedua telapak tangannya sebanyak tiga kali sebelum memulai wudhu.

• Kemudian berkumur-kumur (memasukkan air ke mulut lalu memutarnya di dalam dan kemudian membuangnya).

• Lalu menghirup air dengan hidung (mengisap air dengan hidung) lalu mengeluarkannya.

• Disunnahkan ketika menghirup air di lakukan dengan kuat, kecuali jika dalam keadaan berpuasa maka ia tidak mengeraskannya, karena dikhawatirkan air masuk ke dalam tenggorokan. Rasulullah bersabda, “Keraskanlah di dalam menghirup air dengan hidung, kecuali jika kamu sedang berpuasa.” (Riwayat Abu Daud dan dishahihkan oleh Albani dalam shahih Abu Dawud)

• Lalu mencuci muka. Batas muka adalah dari batas tumbuhnya rambut kepala bagian atas sampai dagu dan mulai dari batas telinga kanan hingga telinga kiri. Dan jika rambut yang ada pada muka tipis, maka wajib dicuci hingga pada kulit dasarnya. Tetapi jika tebal maka wajib mencuci bagian atasnya saja, namun disunnahkan mencelah-celahi rambut yang tebal tersebut. Karena Rasulullah selalu mencelah-celahi jenggotnya di saat berwudhu. (Riwayat Abu Daud dan dishahihkan oleh Al-Albani dalam Al-Irwa’)

• Kemudian mencuci kedua tangan sampai siku, karena Allah berfirman : “dan kedua tanganmu hingga siku.” (Surah Al-Ma’idah : 6).

• Kemudian mengusap kepala beserta kedua telinga satu kali, dimulai dari bagian depan kepala lalu diusapkan ke belakang kepala lalu mengembalikannya ke depan kepala. Setelah itu langsung mengusap kedua telinga dengan air yang tersisa pada tangannya.

• Lalu mencuci kedua kaki sampai kedua mata kaki, karena Allah berfirman: “dan kedua kakimu hingga dua mata kaki.” (Surah Al-Ma’idah : 6). Yang dimaksud mata kaki adalah benjolan yang ada di sebelah bawah betis. Kedua mata kaki tersebut wajib dicuci berbarengan dengan kaki. Orang yang tangan atau kakinya terpotong, maka ia mencuci bagian yang tersisa yang wajib dicuci. Dan apabila tangan atau kakinya itu terpotong semua maka cukup mencuci bagian ujungnya saja.

• Setelah selesai berwudhu mengucapkan : (Imam Muslim meriwayatkan, “Asyhadu anlaa ilaa ha illallaaha wahdahulaa syariikalahu, wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu warasuuluhu,” [Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya], dalam riwayat Imam Tirmidzi ada tambahan, “Allaahummaj ‘alnii minattawwaabiina waj ‘alnii minal mutatpahiriina.” [Ya, Allah, jadikanlah diriku termasuk orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah diriku termasuk orang-orang yang membersihkan diri])

• Ketika berwudhu, wajib mencuci anggota-anggota wudhunya secara berurutan, tidak menunda pencucian salah satunya hingga yang sebelumnya kering. Hal ini berdasar hadits yang diriwayatkan Ibn Umar, Zaid bin Sabit dan Abu Hurairah, bahwa Nabi senantiasa berwudu secara berurutan, kemudian beliau bersabda, “Inilah cara berwudu di mana Allah tidak akan menerima shalat seseorang, kecuali dengan wudu seperti ini.” (Catatan: Sementara, ulama Hanafi dan Maliki berpendapat bahwa berwudu secara berurutan hukumnya sunnah, atas dasar hadits riwayat Ibn Abbas, “Nabi berwudu, maka ia membasuh muka dan kedua belah tangannya, lalu kedua kakinya, kemudian barulah ia menyapu kepalanya dengan sisa air wudunya.”).

• Boleh mengelap anggota-anggota wudhu seusai berwudhu.

Sunnah Wudhu:

1. Disunnatkan bagi setiap muslim menggosok gigi (bersiwak) sebelum memulai wudhunya, karena Rasulullah bersabda, “Sekiranya aku tidak memberatkan umatku, niscaya aku perintah mere-ka bersiwak (menggosok gigi) setiap kali akan berwudhu.” [Riwayat Ahmad dan dishahihkan oleh Al-Albani dalam Al-Irwa'].

2. Disunnatkan pula mencuci kedua telapak tangan tiga kali sebelum berwudhu, sebagaimana disebutkan di atas, kecuali jika setelah bangun tidur, maka hukumnya wajib mencucinya tiga kali sebelum berwudhu. Sebab, boleh jadi kedua tangannya telah menyentuh kotoran di waktu tidurnya sedangkan ia tidak merasakannya. Rasulullah bersabda, “Apabila seorang di antara kamu bangun tidur, maka hendaknya tidak mencelupkan kedua tangannya di dalam bejana air sebelum mencucinya terlebih dahulu tiga kali, karena sesungguhnya ia tidak mengetahui di mana tangannya berada (ketika ia tidur).” (Riwayat Muslim).

3. Disunnatkan keras di dalam meng-hirup air dengan hidung, sebagaimana dijelaskan di atas.

4. Disunnatkan bagi orang muslim mencelah-celahi jenggot jika tebal ketika membasuh muka (sebagaiman dijelaskan di muka).

5. Disunnatkan bagi orang muslim mencelah-celahi jari-jari tangan dan kaki di saat mencucinya, karena Rasulullah bersabda, “Celah-celahilah jari-jemari kamu.” (Riwayat Abu Daud dan dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih Abi Dawud).

6. Mencuci anggota wudhu yang kanan terlebih dahulu sebelum mencuci anggota wudhu yang kiri. Mencuci tangan kanan terlebih dahulu kemudian tangan kiri, dan begitu pula mencuci kaki kanan sebelum mencuci kaki kiri.

7. Mencuci anggota-anggota wudhu dua atau tiga kali, namun kepala cukup diusap satu kali usapan saja.

8. Tidak berlebih-lebihan dalam pemakaian air, karena Rasulullah berwudhu dengan mencuci tiga kali, lalu bersabda, “Barangsiapa mencuci lebih (dari tiga kali) maka ia telah berbuat kesalahan dan kezhaliman.” (Riwayat Abu Daud dan dishahihkan oleh Al-Albani dalam Al-Irwa’)

Hal-hal Yang Membatalkan Wudhu:

Wudhu seorang muslim batal karena hal-hal berikut ini :

1. Keluarnya sesuatu dari qubul atau dubur, baik berupa air kecil atau- pun air besar.

2. Keluar angin dari dubur (kentut).

3. Hilang akalnya, baik karena gila, pingsan, mabuk atau karena tidur yang nyenyak hingga tidak menya-dari apa yang keluar darinya. Adapun tidur ringan yang tidak menghilangkan perasaan, maka tidak membatalkan wudhu.

4. Menyentuh kemaluan dengan tangan dengan syahwat, apakah yang disentuh tersebut kemaluannya sendiri atau milik orang lain, karena Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang menyentuh kemaluannya hendaklah ia berwudhu.”(Riwayat Ibnu Majah dan dishahihkan oleh Al-Albani).

5. Memakan daging unta, karena ketika Rasulullah ditanya: “Apakah kami harus berwudhu karena makan daging unta? Nabi menjawab : Ya.” (Riwayat Muslim). Begitu pula memakan usus, hati, babat atau sumsumnya adalah membatalkan wudhu, karena hal tersebut sama dengan dagingnya. Adapun air susu unta tidak membatalkan wudhu, karena Rasulullah SAW pernah menyuruh suatu kaum minum air susu unta dan tidak menyuruh mereka berwudlu sesudahnya (Muttafaq ‘alaih). Untuk lebih berhati-hati, maka sebaiknya berwudhu sesudah minum atau makan kuah daging unta.

Hal-hal yang haram dilakukan oleh yang tidak berwudhu:

Apabila seorang muslim berhadats kecil (tidak berwudhu), maka haram melakukan hal-hal berikut ini:

1. Mengerjakan shalat. Orang yang berhadats tidak boleh melakukan shalat kecuali setelah berwudhu terlebih dahulu, karena Rasulullah bersabda, “Allah tidak menerima shalat yang dilakukan tanpa wudhu.” (Riwayat Muslim). Boleh bagi orang yang tidak berwudhu melakukan sujud tilawah atau sujud syukur, karena keduanya bukan merupakan shalat, sekalipun lebih afdhalnya adalah berwudhu sebelum melakukan sujud.

2. Melakukan thawaf. Orang yang berhadats kecil tidak boleh melakukan thawaf di Ka`bah sebelum berwudhu, karena Rasulullah telah bersabda, “Thawaf di Baitullah itu adalah shalat.” (Riwayat Turmudzi dan dinilai shahih oleh Al-Albani dalam Al-Irwa’). Dan juga karena Nabi berwudhu terlebih dahulu sebelaum melakukan thawaf (Muttafaq ‘alaih).

Catatan Penting:

Untuk berwudhu tidak disyaratkan mencuci qubul atau dubur terlebih dahulu, karena pencucian keduanya dilakukan sehabis buaang air, dan hal tersebut tidak ada hubungannya dengan wudhu.

Wallahu a’lam, wa shallallahu ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi washahbihi wa sallam.

Referensi:

1. Al-Qur’an Al-Karim dan Al-Hadits Kutubus-Sittah.

2. Diadaptasi dari “Tuntunan Shalat Menurut Al-Qur’an & As-Sunnah,” Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin.

3. Al-Adzkaarun Nawawiyyah, Muhyiddin Abi Zakaria bin Syaraf An-Nawawi.

4. Fiqhus-Sunnah, Sayyid Sabiq.

5. Shalat Empat Mazhab, ‘Abdul Qadir Ar-Rahbawi.

:: mengurus jenazah bayi ::

Sabda Rasulullah SAW bermaksud, "Anak yang mati keguguran disolatkan dan didoakan bagi kedua-dua orang tuanya supaya memperoleh keampunan dan rahmat." (riwayat Abu Daun dan at-Tarmidzi)

Jika berlaku keguguran dan bayi meninggal berumur 120 hari (empat bulan), maka ia diperlakukan seperti mengurus jenazah biasa mengikut syariat Islam iaitu memandikannya, mengkafankan, solat dan menguburkan.

Tetapi bagi bayi yang keguguran, jika tidak dapat dimandikan, cukuplah dengan mengkafankan, solat dan menguburkan sahaja.

Sementara doa yang dibaca dalam solat jenazah itu adalah doa untuk kedua ibu bapa bayi yang meninggal bukan untuk bayi itu.

Wallah hu alam....

::umat akhir zaman::

"Islam muncul dalam keadaan asing, dan akan kembali (asing), sebagaimana ia muncul dalam keadaan asing. Maka beruntunglah orang-orang asing". [HR. Muslim dalam Kitab Al-Iman 232]

Semua ini disebabkan karena kurangnya perhatian kita kaum muslimin terhadap agama dan sunnah Rasulullah -shollallahu alaihi wasallam-. Kurangnya mendakwakan agama dan sunnah karena kesibukan dunia yang memalingkan kita. Sementara itu kita juga kurang perhatian lagi dengan majelis ilmu dan majelis ta’lim. Akibatnya, agama dan Sunnah Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- terasa asing dan aneh .

Memang kita terkadang mendatangi majelis ta’lim. Namun jika kita hadir, nampak pada wajah kita lelah. Yah, hanya sekedar hadir . Maka didalam majelis ta’lim,biasanya ada yang ngantuk , bahkan tidur. Ada yang sengaja duduk di belakang untuk sembunyi; jika ngantuk dan tertidur, ia bisa sembunyikan wajahnya di balik punggung kawannya. Ada yang cerita dengan temannya sehingga mengganggu majelis. Inilah kondisi kita saat ini.

Jika mendengar cerita keuntungan dunia, maka mata kita terbelalak.! Betul dunia adalah nikmat yang Allah berikan. Namun jangan dijadikan tujuan hidup dan pusat perhatian. Dunia diambil sekedar bekal menuju Allah -Ta’ala-. Allah tidak memberikan nikmat kepada seorang hamba-Nya, kecuali nikmat itu hanya sekedar alat dan sarana yang dipakai untuk beribadah dan beramal sholeh. Dunia dengan segala nikmatnya bukanlah merupakan tujuan dan terminal terakhir bagi seorang muslim. Akan tetapi merupakan tempat persinggahan mengambil bekal menuju perjalanan akhir pada kehidupan yang sebenarnya yang ada awalnya tiada akhirnya, yaitu akhirat.

Fenomena berlombanya kaum muslimin memperbanyak harta benda dan fasilitas dunia sehingga membuat kita lupa terhadap agama dan merupakan asbab terjadinya kemaksiatan. Jika semakin hari, semakin tersebar kemaksiatan, maka ketahuilah bahwa ini adalah salah satu diantara ciri dan tanda dekatnya hari kiamat.
Nabi-shollallahu alaihi wasallam- bersabda,

“Diantara tanda-tanda kiamat: Diangkatnya ilmu, dan kokohnya (banyaknya)kemaksiatan/ kejahilan”. [HR. Al-Bukhoriy 80, Muslim 2671]

Di akhir zaman, sebelum datangnya hari kiamat akan ada hari-hari yang di dalamnya turun dan tersebar kemaksiatan/kejahilan yang disebabkan oleh malasnya manusia dan enggannya mendakwakan agama dan Sunnah. Nabi-shollallahu alaihi wasallam- bersabda,
“Sesungguhnya di depan hari kiamat ada hari-hari yang kejahilan diturunkan di dalamnya, dan ilmu diangkat”. [HR. Al-Bukhoriy (6654)]
“Zaman akan saling mendekat, diangkatnya ilmu, munculnya berbagai fitnah (masalah), diletakkan kerakusan, dan banyaknya peperangan”. [HR. Al-Bukhoriy (989) dan Muslim (157)]

Kejahilan dan kemaksiatan di negeri kita bukan hanya mengenai rakyat jelata yang tak berpendidikan agama, bahkan juga mengenai kaum terpelajar. Hal ini sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi-shollallahu alaihi wasallam-,
“Sesungguhnya Allah tidak mengangkat ilmu dengan sekali mencabutnya dari manusia. Akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan mematikan para ulama’ sehingga apabila Allah tidak menyisakan lagi seorang ulama’pun, maka manusiapun mengangkat pemimpin-pemimpin yang jahil. Mereka (para pemimpin tsb) ditanyai, lalu merekapun memberikan fatwa tanpa ilmu. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan (manusia)” .[HR.Al-Bukhory (100), dan Muslim (2673)]

Al-Imam Abu Zakariya An-Nawawiy-rahimahullah- berkata ketika menjelaskan makna hadits di atas, "Hadits ini menjelaskan maksud tercabutnya ilmu dalam hadits-hadits lalu yang muthlak (umum), bukan menghapusnya dari dada para penghafal (pemilik) ilmu itu. Akan tetapi maknanya, para pembawa ilmu itu (yakni para ulama) akan mati. Lalu manusia mengangkat orang-orang jahil (sebagai pemimpin dalam agama). Orang-orang jahil itu memutuskan perkara berdasarkan kejahilan-kejahilannya. Lantaran itu ia sesat, dan menyesatkan orang". [dalam Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim ibn Al-Hajjaj ]
Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda : "Sesungguhnya akan ada beberapa kaum dari ummatku akan menghalalkan zina, kain sutra, minuman keras (khomer), dan musik". [HR. Al-Bukhoriy dalam Kitab Al-Asyribah (5590)]
Realita ummat hari ini membuat dahi berkerut dan kepala berpikir karena kemaksiatan dan kejahilan sudah ada dimana-mana, tak pelak lagi jika banyak menimbulkan masalah. Tak heran jika terkadang ada sunnah Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- yang ingin diamalkan di zaman ini, kita serta merta merasakannya sebagai suatu yang asing, menolaknya, menganggapnya bukan dari Islam, malah berani mengumpat dengan perkataan Bid'ah,Sesat dan Khurafat!! Bahkan memusuhi dan menyakiti sebagian hamba-hamba Allah -Ta’ala- yang mengamalkannya..

Jika ummat Islam sibuk dengan dunia, sibuk dengan peternakan, pertanian, perdagangan –apalagi riba- sehingga lupa mempelajari agama dari Al-Qur’an dan Sunnah, maka Allah akan timpakan kehinaan. Inilah kehinaan yang tak mungkin akan tercabut dari tubuh ummat kecuali mereka mau kembali kepada agamanya dengan ilmu agama yang benar, dan berguna.
Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,
"Jika kalian berjual-beli dengan cara ‘inah (salah satu bentuk riba, ), kalian memegang ekor-ekor sapi, ridho dengan bercocok tanam, dan meninggalkan jihad(dakwah), maka Allah akan menimpakan kepada kalian suatu kehinaan yang tak akan dicabut oleh Allah sampai kalian kembali kepada agama kalian". [HR. Abu Dawud dalam Sunan-nya (3462)]

Kesibukan dengan dunia menyebabkan kita akan semakin cinta kepadanya, dan takut mati untuk menghadap Allah -Ta’ala- .Seakan-akan kita mengharapkan diri dan harta benda yang melalaikan kita agar kekal di dunia, tanpa menghadapi hisab.
Abu Hurairah -radhiyallahu ‘anhu- berkata, Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda, "Hampir saja ummat-ummat saling memanggil (menyerang) menuju kalian sebagaimana orang-orang yang mau makan saling memanggil kepada nampannya". Ada yang bertanya, "Apakah karena kita sedikit saat itu?" Beliau bersabda, "Bahkan kalian saat itu banyak, tapi kalian buih laksana buih ombak. Allah benar-benar akan mencabut perasaan segan terhadap kalian dari dada musuh kalian; Allah akan mencampakkan kelemahan dalam hati kalian". Ada yang bertanya, "Apa kelemahan itu?" Beliau menjawab, "Cinta dunia, dan takut mati".[HR. Abu Dawud dalam Kitab Al-Malahim (4297). ]

Subhanallah wabihamdihi, Subhanakallahumma wabihamdika
AsyaduAllahilaha illa Anta Astagfiruka wa'atubu Ilaik
Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

:: bagaimana seseorang muslim itu berpakaian ::

1. Allah ta’ala berfirman,
“Dan pakaianmu, bersihkanlah!” (Al-Muddatstsir: 4)

2. Dari Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha berkata, “Pakaian yang dicintai oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah gamis .” (HR. At-Tirmidzi dan beliau menghasankannya)
(gamis: baju panjang yang sampai setengah betis)

3. Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Allah tidak melihat pada hari kiamat orang yang memanjangkan pakaiannya karena sombong.” (Muttafaqun ‘alaihi)

4. Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Apa yang di bawah mata kaki berupa kain (sarung), tempatnya dalam neraka.” (HR. Al-Bukhari)

5. Ibnu Umar berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjulurkan imamahnya di antara kedua pundaknya.” (HR. At-Tirmidzi dan beliau menghasankannya)


6. Dari Salim, dari bapaknya, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Isbal terdapat pada izar (sarung) dan imamah. Barangsiapa yang memanjangkan karena sombong, Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat.” (HR. Abu Dawud dan An-Nasa’i, dishahihkan oleh Al-Albani)

7. Abu Sa’id Al-Khudri mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Pakaian seorang mukmin sampai setengah betisnya, dan tidak mengapa yang demikian di antara betis dan mata kaki, dan apa yang di bawah mata kaki maka tempatnya adalah di Neraka.”
Beliau menyatakan yang demikian tiga kali, kemudian beliau melanjutkan,
“Dan Allah tidak melihat pada hari kiamat terhadap orang yang memanjangkan pakaiannya karena sombong.” (HR. Ibnu Majah dan Abu Dawud dan dishahihkan oleh Al-Albani)

8. Abdullah bin Umar berkata, “Aku melewati Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan pakaianku melorot, maka beliau bersabda,
‘Wahai Abdullah, naikkan pakaianmu!’, maka aku pun menaikkannya, ‘Angkat lagi’, aku pun menaikkannya lagi. Setelah itu, aku pun senantiasa menjaganya.”
Sebagian orang bertanya kepada beliau, “Sampai batasan mana?” Beliau menjawab, “Sampai setengah betis.” (HR. Muslim)

9. Dari Samurah bin Jundub, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Kenakanlah pakaian putih karena lebih suci dan lebih indah, dan kafanilah mayat-mayat kalian dengan kain putih .” (HR. Ahmad dan selainnya. Sanadnya shahih)

10. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Barangsiapa yang memakai pakaian kemasyhuran di dunia, Allah akan memakaikan pakaian kehinaan di akhirat.” (HR. Ahmad dan dihasankan oleh Al-Albani)

11. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Makan dan minumlah kalian serta bershadaqah dan berpakaianlah, tanpa berlebihan dan tidak sombong.” (HR. Ahmad, shahih)

KESIMPULAN
1. An-Nawawi menyimpulkan dari hadits-hadits tentang pakaian:
Isbal terdapat pada sarung, gamis, imamah, dan baju. Dan tidak boleh isbal di bawah mata kaki, jika untuk kesombongan. Apabila untuk tujuan selain itu maka makruh, dan sunnahnya sampai setengah betis. Boleh dan tidak makruh jika sampai dua mata kaki. Adapun di bawah mata kaki, maka tidak boleh/terlarang.

2. Ibnu Hajar telah menyebutkan pendapat beliau dalam kitabnya Fathul Baari bahwa tidak boleh berpakaian hingga menutup mata kaki. Beliau menuturkan bahwa Al-Qadhi ‘Iyad telah menukilkan ijma’ tentang larangan bagi kaum lelaki –tidak berlaku untuk para wanita– untuk memanjangkan pakaian mereka di bawah mata kaki.

Kemudian Ibnu Hajar berkata, “Kesimpulannya bahwa pada laki-laki ada dua keadaan:
· Disunnahkan, yaitu memendekkan pakaian sampai setengah betis.
· Diperbolehkan, yaitu sampai kedua mata kaki.

Dan dipahami dari ucapannya bahwa memanjangkan pakaian, seperti baju, sirwal dan celana, di bawah kedua mata kaki adalah tidak diperbolehkan.

3. Dari Abdullah bin Umar, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melihat padanya ada dua baju yang dicelup dengan celupan kuning [1].
Maka beliau shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Sesungguhnya ini termasuk pakaian orang-orang kafir, janganlah kamu pakai keduanya.” (HR. Muslim)

Faedah Hadits

1. Tidak boleh bagi seorang muslim untuk mengenakan pakaian orang-orang kafir karena termasuk menyerupai pakaian mereka. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk dari kaum tersebut.” (HR. Abu Dawud dan shahih)

Dan telah tersebar di kebanyakan negeri-negeri Islam sikap menyerupai dengan orang-orang kafir, seperti memakai celana sempit yang mereka namakan celana cowboy, sirliston, dan selainnya. Dan aku mendengar jawaban salah seorang ulama, ketika ditanya tentang celana yang sempit, dengan menyatakan bahwa hal itu adalah aib. Ulama tersebut menjawab, “Haram, karena membentuk aurat dan padanya ada sikap menyerupai dengan orang-orang kafir.”

2. Adapun penutup kepala (seperti peci dan lain-lain) merupakan syi’ar dari umat ini. Akan tetapi, sebagian kaum muslimin mereka memakai topi dan telah diwajibkan bagi tentara-tentara untuk memakai topi, yang itu merupakan pakaian orang-orang kafir. Sebagian orang-orang kaya dan sebagian para pegawai juga memakainya dengan alasan untuk menutup kepala dari panas matahari.

Kalaulah mereka menutup kepala dengan peci, imamah atau sapu tangan, niscaya ini lebih baik bagi kepala-kepala mereka dan jauh dari tasyabbuh dengan orang-orang kafir. Disebabkan telah tersebarnya sikap meniru orang kafir sehingga manusia tidak menyadari bahwa hal ini telah menyelisihi syariat. Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiun. Lalu bagaimana kita akan memerangi orang-orang kafir, sedangkan kita menyerupai pakaian-pakaian dan kebiasaan mereka ??!!

Kita diperbolehkan meniru mereka dalam perkara-perkara yang bermanfaat, seperti pembuatan pesawat, kendaraan-kendaraan, alat perang dan selainnya, dari perkara-perkara yang akan membantu untuk mempertahankan agama dan wilayah kita.(ulamasunnah.wp)