~harapanku~

::Sesungguhnya Hidupku dan Matiku hanya untuk Mu::

Bertaubatlah

Pokok perkara yang menyelamat diri ialah bertaubat kepada Allah Ta'ala dari segala dosa. Allah s.w.t telah memerintahkan hamba-hambaNya bertaubat kepadaNya, dan ditunjukkan cara-cara bertaubat itu serta dijanjikan pula dengan pengabulan dan balasan-balasan yang baik.

Firman Allah Ta'ala"Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian orang-orang Mukmin, semoga kamu mendapat kemenangan" (An-Nur: 31)FirmanNya lagi"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang bersungguh-sungguh)" (At-Tahrim: 8)FirmanNya lagi"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan orang-orang yang banyak mensucikan diri." (Al-Baqarah: 222)FirmanNya lagi"Barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan, lalu memilih jalan lurus, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya, dan Tuhan itu Maha Pengampun Maha Penyayang." (Al-Maidah: 39)FirmanNya lagi"Dialah (Tuhan) yang menerima taubat hamba-hambaNya dan memaafkan segala kesalahan, dan Dia mengetahui segala apa yang kamu perbuat."Bersabda Rasulullah s.a.w:"Orang yang bertaubat dari dosanya itu, samalah seperti orang yang tiada mempunyai dosa lagi."Sabdanya lagi"Sesungguhnya Allah membuka tangan selebar-lebarnya di waktu siang untuk menerima taubat orang yang membuat jahat di waktu malam. Dan membuka tangan selebar-lebarnya di waktu malam untuk menerima taubat orang yang membuat jahat di waktu siang. Hal ini berterusan sehinggalah matahari terbit dari arah barat."Sabdanya lagi"Wahai sekalian manusia! Bertaubatlah kamu kepada Tuhan sebelum kamu mati. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk beramal dan berbakti sebelum masa kamu dibolot urusan dan kerja, Ujudkanlah satu pertalian antara kamu dengan Tuhan kamu dengan memperbanyak mengingatiNya (berzikir kepadaNya)."Sabdanya lagi"Sesungguhnya Tuhan bersedia menerima taubat seseorang hamba selagi nyawanya belum sampai di kerongkong."Yakni sebelum ia bernazak hendak mati.Sabdanya lagi:"Siapa yang bertaubat, nescaya Tuhan menerima taubatnya.

"Syarat-syarat taubat Kemudian, hendaklah anda ketahui, moga-moga Allah merahmatimu, bahawasanya taubat itu sekadar seseorang mengucapkan lidah: Astaghfirullah! Aku bertaubat kepada Allah! Sedang hati tidak pernah menyesal, serta tidak mahu berjanji untuk membersihkan diri, atau menjauhkan diri dari dosa. Para ulama telah menentukan beberapa syarat taubat yang harus dipatuhi, dan tiada sesuatu taubat dianggap sempurna, kecuali dengan tiga perkara berikut:
1) Menyesali diri atas dosa-dosa yang telah lalu.
2) Mensucikan diri dari dosa. Yakni, tidak ada ertinya bertaubat, padahal ia terus melakukan dosa yang sama dan tidak memberhentikannya.
3) Berazam tidak akan melakukan dosa lagi, selagi hayat dikandung badan.Ketiga-tiga syarat ini pasti mengiringi setiap taubat dari dosa antara seorang hamba dengan Tuhannya. Ada suatu syarat lagi yang ditekankan; iaitu terhadap dosa antara seorang hamba Allah dengan hamba Allah yang lain. Keterangannya ialah seperti berikut:Jika anda menganiayai diri seseorang anak Adam, mecederakannya, menyentuh kehormatannya, atau merampas hartanya, maka hendaklah anda menebus haknya. Jika yang mengenai jiwa atau diri, hendaklah anda membenarkannya menjalakan qisas (hukuman menurut hukum Islam) ke atas dirimu. Jika yang mengenai harta atau barang, hendaklah anda mengembalikan semula hak itu kepadanya. Jika yang mengenai kehormatan maka hendaklah anda memohon dimaafkan segala kesalahan anda itu. Awas, anda pasti berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menghapus segala penganiayaan ini sekadar yang termampu.Begitu pula terhadap solat, puasa dan zakat, hendaklah anda segera bertaubat jika anda meninggalkan sesuatu dari kefardhuan-kefardhuan ini. Caranya ialah dengan mengqadhak segala yang luput dari fardhu-fardhu itu sekadar termampu dan sesegera yang boleh.Setelah bertaubat dari dosa-dosanya sebagaimana yang telah ditunjuk di atas tadi, hendaklah ia sentiasa meletakkan dirinya antara takut dan harap. Berharap agar Allah s.w.t menerima taubatnya dengan kurnia dan belas kasihanNya. Takut, kalau-kalau Allah s.w.t tidak menerima segala taubatnya, kerana bimbang barangkali ia tidak melakukan taubat itu secara yang sempurna, menurut cara-cara yang diperintahkan oleh Allah Ta'ala, maka jadilah ia sebagai seorang yang tidak bertaubat di sisi Allah Ta'ala.Seterusnya, setiap orang yang mengaku dirinya Mukmin, wajib secara pasti menjaga dan memelihara diri dari segala dosa dengan betul dan secara menyeluruh. Sebab membuat dosa dan menempuh maksiat itu akan menimbulkan kemurkaan dan kutukan Allah Ta'ala. Manakala yang demikian itu pula menjadi punca segala bala dan bencana yang akan memusnahkan manusia di dunia dan akhirat. Lantaran itu, apabila telah melakukan sesuatu dosa, hendaklah ia segera bertaubat kepada Allah Ta'ala dari dosa itu, tidak berazam untuk membuat dosa yang sama lagi, ataupun tidak terus melakukan dosa itu lagi sesudah bertaubat, dan menyesali diri atas dosa yang berlaku itu.Setiap mukmin harus sentiasa bertaubat kepada Allah Ta'ala tanpa berhenti dan taubat itu harus diperbaharui pada setiap masa dan kesempatan. Sebab dosa-dosa kita lakukan itu tentu banyak sekali, di antaranya ada yang dosa kecil dan ada pula yang dosa besar. Antaranya juga ada yang dosa batin, dan ada yang dosa lahir; dosa yang kita ketahui dan dosa yang kita tidak mengetahui. Ada kalanya seseorang itu berdosa kerana ia cuai tidak mahu menuntut ilmu pengetahuan yang membicarakan tentang dosa dan pahala. Ataupun mungkin sekali dosa itu ada pendahuluan dan sebab-sebab yang berkaitan ilmu pengetahuan dan pilihan diri.

Sumber:Kitab Nasihat Agama dan Wasiat ImanImam Habib Abdullah Haddad

1 comments:

Agen Judi - SBOBET - Agen Judi Online - Agen Bola - Agen ASIA77 - 988betlink
Agen Judi Online
Agen Bola Online
Agen Bola Terbaik
Agen Judi Bola
Agen Judi Kasino

 

Post a Comment