~harapanku~

::Sesungguhnya Hidupku dan Matiku hanya untuk Mu::

Ya Ramadhan!!

Assalamualaikum semua........ (^_^)!

Ramadhan menjelma lagi.... Selamat datang ya Ramadhan!! Kami merinduimu... Alhamdulillah, sempat juga kita berjumpa. Jika tidak, disebabkan kemalangan tempoh hari, mungkin juga kita tidak bertemu lagi. Sedihnya..... Syukur yang tidak terhingga atas nikmat dari-Mu Ya Allah!!! Kerana masih lagi memanjangkan umurku sehingga ke suatu tempoh yang tidak aku ketahui.



Korang semua puasa tak?! hehehe.... Puasa tau. Jagan tak puase lak. Bulan Ramadhan ni bulan yang paling baik dalam segala bulan. Bulan yang memberikan segala rahmat dari Allah SWT. Dari sekecik-kecik benda sampailah ke sebesar-besar benda. Kalau kita niatkan yang baik-baik, kerana Allah, Allah akan berikan berlipat ganda kebaikan kepada kita. Kire macam MEGA SALE la bulan nih....



Apa pun, saya nak mengajak korang2 semua dan semestinya untuk ingatkan diri sendiri, mari kita tingkatkan amalan kita. Dalam bulan Ramadhan ni kita juga perlu sabar dalam segala perkara. Jaga mata, jaga telinga, jaga mulut, jaga segala-galanya. Memang mengujilah keimanan kita. Yasz a.k.a admin nak juga berpesan-pesan kepada kaum hawa. Kami kaum lelaki ni tak kuat mana zaman sekarang nih. Zaman di akhir-akhir ni banyak godaan dan cobaan. Dah akhir zaman...... Jagalah pakaian anda bila berada di luar sana. Hormatilah bulan Ramadhan. Saya tahu anda semua cantik. Tidak dinafikan... Tapi kasihanilah kami yang berpuasa nih... Tak tau la pahala puasa kami diterima atau pun tidak. Jika mata kami ini liar melihat di sana sini bak pentas peragaan duniawi. Alahai...... (sedih). Sob...sob...sob....



Kepada yang duduk dirantauan, jengah2lah ke kampung halaman. Paling tidak pun, callin2lah ayah ibu anda. Dengar suara pun leh dpt pahala. Kalau jumpa menatap wajah, lagilah bagus. Memang berbaloi.... Hehehehe..... Cam saya yang jauh di terengganu nih, rasa macam raya ni tak dapat cuti. Kerja sebagai anggota penyelamat memang diperlukan tidak kira masa mahu pun ketika. "Sedia Menyelamat" dan "Cepat dan Mesra" mesti sentiasa ada dalam diri kami. Moga Allah menilainya dan bukan kepada manusia kami meminta balasannya...



Moga Ramadhan tahun ini mempertemukan kita dengan Lailatul Qadar. Malam di mana ianya memberikan ganjaran yang sangat besar. Sangat-sangat ditagih dan dicari dan bukan senang untuk kita dipertemukan. Hanya amalan yang konsisten dan tahap kesabaran yang tinggi serta dipilih oleh Allah SWT untuk bertemu dengan malam paling berharga itu. Mudah-mudahan... saya doakan untuk kita semua umat Islam. Salam Ramadhan dari saya.... (^_^)

1 comments:

Agen Judi - SBOBET - Agen Judi Online - Agen Bola - Agen ASIA77 - 988betlink
Agen Judi Online
Agen Bola Online
Agen Bola Terbaik
Agen Judi Bola
Agen Judi Kasino

 

Post a Comment